Kenangan

Satu ucapan yang panjang !

Assalammualaikum 👋 

Bermula tahun 2021, diakhiri tahun 2022 dan bertemu untuk tahun 2023. Satu permulaan kehidupan ke arah dewasa yang sangat bermakna sebagai seorang anak atau adik yang kerdil tentang dunia. Ya, satu langkah yang penuh dengan suasana damai dan terkadang angin kencang yang cuba memadai tapi dilindungi oleh sang pelindung. Bertemu dengan abang/ayah/kakak/mak yang sentiasa memberi seribu satu ungkapan indah agar diri ini sentiasa senyum lebar. Semua kenangan yang terpahat ini adalah kenangan yang tidak dapat diulang atau dicipta semula. Terima kasih kerana sentiasa membuat diri ini seorang yang bermakna dalam hidup anda semua. 

Indah bukan perancangan sang Pencipta kepada kita? Bertemu tanpa saling mengenali dan berpisah tanpa saling membenci. Kita hamba hanya mampu merancang sebaiknya, tetapi tidak sebaik yang telah di tentukan oleh Nya.

Sedih, gembira, gelak tawa, suka, duka, semua itu menjadi satu layang-layang yang terbang tinggi ketika ianya terputus tali. Bukan kerana salah nya tali, tapi kerana ia ingin pergi lebih tinggi untuk melihat indah yang ada dibawah sana tanpa satu halangan.

Terima kasih sekali lagi untuk kenangan yang indah ini. Beberapa keping memori disematkan dalam satu diari simpanan dan berharap kepingan ini menjadi saksi pengenalan dan perpisahan seketika kita. Terima kasih dan jumpa lagi ❤️

Comments

Popular Posts