Ujian

Kekosongan ini mula diisi dengan sekelip cahaya,
Mungkin rasa ini makin hiba bila mula diberi ujian,
Setiap berlaku ada hikmahnya kata orang tua ku,
Tapi apa sebenarnya hikmah?
Susah untuk manusia menerima setiap perkara,
Kerana itu lah manusia.

Sang kelipan mula menyinari memberi satu seribu semangat,
Menyinari setiap hitam putih cerita ujian,
Ya, mungkin itu semua hanya kata hati,
Kata hati yang tidak pernah ada maknanya,
Itu memang hanya kata hati,
Tapi mengapa diluaran tiada langsung senyuman?
Apa manusia tidak memahami istiadat ini?

Manusia itu aku, kamu, dia dan mereka,
Manusia yang tidak lari dari ujian dunia,
Kadang manusia susah untuk menerima setiap kebaikkan ujian,
Termasuk aku.

-hamba gelap-

Comments

Popular Posts