Mula sedar

Dulu hanya aku ingin berbiasa dalam perkenalan,
Namun bila sudah mula mengenali mula rasa luar biasa,
Berharap agar setiap detik perkenalan mula menjadi manis setiap masa,

Detik demi detik dilalui bersama,
Mula rasa setiap kebahagian itu bersinar,
Bersinar bagai tiada malapnya walau sekali,
Namun setiap manis itu hanya langsung dirasa bersendiri,
Hanya di simpan dalam hati walau ia perit sekali,
Kini mula kesedaran itu terpancar,
Sedar akan hanya diri sendiri terlalu berharap sesuatu keajaiban yang tidak akan berlaku,

Tiada apa yang mampu mengubah keadaan,
Jika masih juga seperti itu,
Biar saja ia begitu,
Jangan dipaksa orang mengikut aturan,

Kini aku mula berbiasa kembali,
Tidak mahu terlalu berharap akan sesuatu, Takut langsung aku kecundang terlebih dahulu.

Comments

Popular Posts