Paksa
Senyuman yang terukir pada setiap hari kadang hanya aku memaksanya,
Bukan kerana sukarela mahupun gembira,
Mungkin itu hanya mahu orang terdekat turut merasa suasana tenang,
Seribu satu persoalan yang terlintas di dalam kepala,
Mengapa, bagaimana, bila, dimana,
Aku tahu semua itu salah bila kita hanya berpura,
Tapi semua itu tidak pernah salah buat aku.
Comments
Post a Comment