Bila Tiba Masa

Satu kala aku cuba henti berfikir,
Henti berfikir tentang burukmu,
Mungkin kau punya waktu untuk bersama,
Dan mungkin juga tidak.

Aku tahu kau seorang yang baik akhlaknya,
Lembut bicaranya,
Hormat sentiasa tertanam didada,
Dan aku tahu kau juga punya perasaan

Terima kasih kerana mampu bertahan masa kini,
Aku cuba tidak menafikan semua ini,
Ketentuan Illahi aku cuba menerima,
Kau lah penyeri hari aku

Mungkin berjauhan ini Allah takdirkan buat kita,
Untuk lihat siapa sabar,
Siapa mampu hadap semua ini,
Dan In Sha Allah kita tempuh hari bersama

Bila aku pejam mata kelak,
Kau perlu tahu waktu aku sudah tiba,
Dan tiada kata dapat aku lafazkan,
Cuma aku mahu ucapkan terima kasih buat selamanya


Comments

Popular Posts