Benih

Saat pertama diungkap cinta,
Mula rasa membuak untuk bersama,
Meraikan cinta di pulau kayangan,
Bermesra mesra berdua tiada satu penghalang,
Hanya senyuman dapat khabarkan indahnya cinta dua sejoli,

2 tahun sudah berlalu,
Rasa cinta makin berbunga,
Tiada tempat untuk berpisah,
Kemana pergi hanya berdua,
Sang putri penyeri bumi kini tertanya,
Mungkin ini namanya cinta abadi?
Atau ini hanya sementara?
Satu persoalan mula terlintas di kepala,

Mungkin mudah lupakan persoalan,
Dan mungkin mudah untuk beri jawapan,
Bila masa tiada bersama,
Hati kini kian meronta,
Hari demi hari,
Masa demi masa,
Dan detik demi detik,
Kini mereka
Dikendong benih haram,
Benih dibina atas cinta murni,
Tiada sepatah kini berbicara,
Atau suka sama suka?

Kini mereka dicaci mulut puaka,
Diseru sang syaitan lakukan satu perkara,
Disuruh terus buang tanpa sebarang kata,
Sang bapak mula terpengaruh,
Sang ibu masih seribu terkedu,
Apa mungkin ini pengakhirannya kisah cinta mereka?

Dulu senyumannya manis sentiasa,
Kini sudah tidak lagi,
Dulu sentiasa berpegangan tangan,
Kini sudah tidak lagi,
Dulu kemana sahaja berdua,
Kini sendirian sudah,
Mungkin ini keretakkan yang nyata?
Hanya kerana benih semua berlaku,
Hanya kerana nafsu serata kini berpadah,

Kadang kala si bapak rasa susah untuk mengawal perasaan,
Kadang cemburu buta, kadang memahami, dan juga kadang terlalu bahagia,
Sang ibu cuba terus melangkah,
Agar hati tetap dan tidak berubah,
Hati mula bertanya kembali,
Adakah perlu mengikut kata si pendusta,
Atau teruskan hanya berdiam diri,
Menangis, meratap memikirkan semua perkara terdahulu,
Apakah salah langkahnya dahulu,
Atau ini satu pembakar semangat,

Setengah bulan sudah berlalu,
Masih tiada kata,
Masih diam seribu bahasa,
Masih berpeluk tubuh menanti hari esok,
Kini mahu buang atau terus simpan,
Terus buntu,
Mahu jalan terus,
Atau kembali masa lampau

Hanya puas bila merasai,
Terus sembunyi dalam gua,
Tiada siapa tahu kebenaran,
Kini hati mula berpaling tadah,
Kini rasa tiada lagi cinta,
Mungkin kisah silam,
Atau mungkin sudah puas,
Itulah sifat si bapak benih

Hari demi hari kian berjalan,
Jarum jam terus berdetik,
Tanda masa sudah bergerak,
Perlu sang ibu buat pilihan,
Mahu simpan atau buang

Menangis,merintih,merana
Sang penyeri bumi tiada kata untuk diungkap,
Benih tumbuh dari kamu,
Tiada dipinta terjadi begitu,
Benih itu rezeki kamu,
Di syurga tempat bila dibuang

2019 masih sepi tanpa hujahnya dibumi,
Siapa patut dipersalah,
Mungkin dia dan mungkin kamu,


Comments

Popular Posts