Keperluan atau kemahuan

Aku takut untuk bersemuka,
Ianya hanyalah kata hati yang busuk,
Yang cuba untuk pengaruhi aku tika cuba berfikiran positif,
Bukan salah mereka tidak memberi apa ku mahu,
Mungkin belum tiba waktu atau ianya hanya kemahuanku bukan keperluanku.

Doa aku pada Pencipta tidak pernah putus untuk meminta,
Andai itu bukan keperluanku aku redha,
Pejam celik pejam celik,
Kini sudah dewasa

Baru aku sedar,
Tidak semua perkara yang kita mahu akan dimakbulkan Allah,
Allah tidak akan menyusahkan kita,
Bahkan Allah memberi lebih kesenangan kepada kita,
Kata hati aku cuba berkata kata agar tidak berfikiran busuk.


Comments

Popular Posts