Keluarga kedua
Sahabat
Aku pernah terfikir jika suatu masa kamu tiada disisi,
Aku juga pernah bertanya siapa akan menziarahi kuburku kelak,
Berkawan biar beribu, berteman biar satu, bermusuh biar sifar.
Andai benar ini takdir ketentuan Illahi,
Aku redha dengan perpisahan ini. Terima kasih kerana hadir untuk diriku walaupun sesaat.
Ya, siapa sahaja yang mahu akan perpisahan,
Berkawan kita biar bagai keluarga ,
Benar kata orang terdahulu,
Bila kita mula letak tanda sayang pada sesuatu,
Ia pasti amat perit untuk melepaskan.
Kawan,sahabat,raka ialah keluarga kedua aku.
Ya memang kita tetap bersama susah senang,
tapi tatkala aku harus melangkah bersendirian.
Kerana aku berpegang pada satu kata iaitu setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Comments
Post a Comment