Ketakutan
Ketakutan
Aku kadang bergetar hati untuk buat sesuatu selepas kegagalan,
Kerisauan itu menyapa dikala aku bersendirian,
Mungkin perlu ada keyakinan?
Ya, aku cuba munculkan sang yakin,
Tapi mungkin saja muncul kata terlebih yakin,
Aku cuba cari semangatku dengan melabuhkan dahi ke kain sejadah,
Tadah tanganku mula diangkat,
Sebak diwajah kian menyapa,
Aku mula rasa hiba,
Saat itu aku merebah,
"Ya Allah Ya Tuhan ku, kau dengarlah doa sayuku, kau makbulkan lah hajatku, jangan Engkau melahirkan putus asa dalam diriku"
Kata-kata mula diungkap satu demi satu,
Aku mungkin ketakutan kini,
Aku mungkin menempuhi kegagalan kelak,
Tapi aku yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Comments
Post a Comment