Pengakhiran 18
Susah ubah persepsi seseorang,
Kadang kekanan kadang kekiri,
Mulut kata ya hati susah terima,
Lumrah manusia bukan.
Penat, lelah, letih, lesu,
Semua aku lalui pantas sejenak,
Ada dihina, dikeji, diperkecil dan kadang dipuji,
Susah sebenarnya puaskan hati semua orang.
Biasalah darah muda,
Ingin saja cuba semua benda,
Cuba semua sampai muak,
Esok lusa baru meratap sujud.
Bukan sengaja dikongkong,
Cuma tidak mahu pisang berbuah kali kedua,
Mahu hiburan dunia?
Dipersilakan, esok tunggu manusia syaitan keluar kelompok.
Berbuih juga mulut cuba bicara,
Setitis air liur diludah baru hargai,
Jangan minta mahu jilat kembali,
Biar tanah hakis semua.
Pengakhiran 18 sangat mencabar,
Baru selangkah melangkah pengakhiran sudah hati diretakkan kembali,
Permulaan 19 harap tidak sebegini,
Andai kata terguris biarkan untuk perbetulan diri.
Comments
Post a Comment